~Ak Baek~

~ MeH SInI KAlAU naK CarI APa-APa ~

Selasa, 21 Jun 2011

~ TekAnAn hUJUng kASUT ~

~ TekAnAn hUJUng kASUT ~ 

ini kasut zirafah...cantik x? =.='''

vroom...vroom...kasut kereta...cun gak kan...:) 

ini kasut kaler pink...lol

lawa kan...


comey kan kasut baby ni....i loike...:) 

GAMBAR ADALAH DARI INCIK GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat pagi semua... 
apa khabar iman kita arini? sihat? 
macam mana dgn gambar2 kat atas? cantik kan...hehe...kalu la boley dapat kasut yg corak kete tu cun gk kan....=.=''' (agak berangan di situ) 

ok la...topik pada hari ini adalah sebenarnya mengenai Tekanan di Hujung Kasut. Taw tak apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan tekanan tu? 

Jika kita lihat pada hari ini, ramai insan yang cenderung untuk menilai seseorang itu berdasarkan luaran seseorang individu itu sahaja. Penilaian yang dibuat itu kadangkala tidak berasaskan fakta yang sebenar dan hanya berasaskan penilaian melalui pemerhatian mereka dan 'rasa-rasa hati mereka'. Mereka lebih senang untuk menilai tanpa mendapatkan maklumat yang sebenar daripada orang terbabit. Mengapa perkara seperti ini berlaku? Hal ini kerana mereka yang menilai melalui pemerhatian dan sikap 'rasa-rasa hati' mereka tidak cuba untuk meletakkan diri mereka di tempat individu yang dinilai oleh mereka dan tidak merasai tekanan yang dihadapi oleh individu terbabit. 

Korang yang duk tengok je bukan taw pon apa yang orang tu rasa...korang boley cakap korang simpati, korang empati...tapi setakat mana? dan sejauh mana kejujuran korang dalam merasai simpati dan empati tersebut? 
Kadangkala apa yang diluahkan tidak sama dengan apa yang dirasa.
Ada manusia yang melahirkan rasa marah mereka tapi dengan tujuan menyedarkan. Ada manusia yang menangis tapi tangisan itu adalah tangisan kegembiraan dan bukan kesedihan.

Korang boley cakap kt orang tu supaya sabar tapi kalu korang berada kat situasi dia, korang boley sabar ke? 
Korang boley mempertikaikan tindakan atau keputusan orang tu, kononnya tak pandai buat pilihan la, pentingkan diri sendiri la, bajet bagus la, tapi korang rasa tak apa yang orang tu rasa? korang taw ke tekanan yg dia rasa sebelum buat keputusan? korang tak rasa dan korang takkan penah faham. Kenapa aku cakap camtu? sebab tahap penerimaan seseorang terhadap sesuatu perkara adalah berbeza. Orang yang berada di situasi tersebut je yg memahami. Korang yang setakat duk tepi2 ni mana nak faham...setakat condem je boley la...

korang penah dengar kan idioms ni

put oneself in else's shoes

korang faham ke tak sebenarnya dengan idioms ni? 
korang seharusnya bukan sahaja cuba untuk meletakkan diri di tempat orang tu tetapi korang cuba selami hati dan perasaan dia ketika berada di situasi tu. 
Jangan bila dia buat masalah je korang cakap dia mmg bermasalah. Cuba korang tanya kenapa dia buat camtu. Mesti ada jawapan. Mana ada seseorang melakukan sesuatu tanpa sebab sekiranya dia mempunyai akal untuk berfikir. 


ingat...cuba selami hati dan perasaan mereka sebelum menilai atau membuat kesimpulan dan hebahan...cuba rasa tekanan yang orang tu rasa...
cam korang pakai kasut la...tekanan yang paling korang rasa adalah kat bahagian depan...kan? cam gambar kt atas tuh...
laen kali, sebelum cakap pape or buat kesimpulan, try dulu rasa tekanan tu. Kalu korang rasa sakit, orang tu pon rasa sakit. Sakit kan tekanan tu...taw pon...laen kali jgn ckp ikut sedap aje...:) 
Tapi apa yang penting ialah kejujuran. Jika rasa simpati dan empati itu disulami dengan kejujuran, maka korang akan merasai apakah yang sebenarnya dirasai oleh mereka dan tekanan yang dihadapi. 

Hanya sekadar perkongsian. 



p/s : farah suka tengok kasut ni...tetibe suka kaler
pink...




wassalam~ 



6 ulasan:

CintaZulaikha berkata...

paham betoi ngn situasi2 cenggini. kita hanya boleh cakap, tapi yg rasa tuh bukn kita. jadi kita tak seharusnya memberi tekanan kpd yg menanggung beban. walupon kita rasa cam ikhlas ja nak bg ceramah motivasi...huhu

Mr.Superman berkata...

semuanya terpulg pd penerima.klu yg memberi x pndai memanipulasi keadaan,itu yg jd beban dihujung kasut.penerima juga harus bersikap terbuka supaya mudah menerima,sgguhpun pemberi tdk sepenuhnya memahami. :)

hidayah zawawi berkata...

betol la kak..kadang-kadangkan..ade orang mintak pndgan kat dayah..tapi,bila pikir2..bila dayah kat tempat orang tuh mesti dayah rase bende yg same..then,dayah tak taw nk kate ape kat org tuh,..hihi..:)

Farahiyah Smart berkata...

zulaikha : yup...btol tu...kdg2 seseorang tu nk gk mereka fhm situasi or mslh yg dorang hadapi...kdg2 mereka bukan nakkan simpati tp sekadar faham dgn situasi dan ikhlas menasihati...:) ni pon sekadar peringatan utk kita semua...:)

Farahiyah Smart berkata...

abang stalker : yup...btol tu...pemberi tu kena tgk dlu situasi tyme tu cmne & apa kesan kalu dy wat sesuatu tindakan tyme tu...penerima plak kena kawal la sket emosi...:) ap yg pnting is fikir dulu sebaiknya sebelum wat sesuatu tindakan or keputusan...:)

Farahiyah Smart berkata...

dayah : haha...situasi camtu pon akak penah rasa...xtaw nk respon ap...bkn kte xnak respon tp risau respon tu bg kesan negatif...=.=''' laen orang, laen tahap penerimaan dan pemahaman mereka...:) kan dayah...

~ChenTA kAMI~

Daisypath Anniversary tickers