~Ak Baek~

~ MeH SInI KAlAU naK CarI APa-APa ~

Jumaat, 29 April 2011

~Program Bina Insan Guru (BIG) Siri 4/2011~

~Program Bina Insan Guru (BIG) Siri 4/2011~ 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memberi kesempatan kepada saya merasa pengalaman yang amat bernilai sepanjang program ini berlangsung... 



haaa..korang mesti tertanya-tanya apakah sebenarnya Program Bina Insan Guru (BIG).


Sebenarnya, Program Bina Insan Guru ( BIG)  ini merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usahamelahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. 

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 4/2011 


Nama Program : Program Bina Insan Guru (BIG) Siri 4/2011 
Institut : Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail (IPGM KDRI) 
Tempat : Taman Pertanian Negeri Sekayu Terengganu
Tarikh : 26 April hingga 29 April. 
Unit : Kajian Sosial
       : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 
       : Pendidikan Seni Visual 
       : Pendidikan Khas 

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), jungle trekking, water confident, lakonan dan sebagainya. Para guru pelatih juga bekerjasama dalam menyediakan makanan dan minuman untuk semua peserta dan jurulatih. Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan dengan mempunyai tujuan yang tertentu dalam membina dan membentuk diri seorang guru yang berkualiti tinggi. 

Contoh aktiviti yang menarik ialah water confident kerana aktiviti ini melatih diri guru pelatih tersebut untuk lebih yakin terhadap diri mereka sendiri. Hal ini kerana tidak semua guru pelatih adalah mahir berenang, berkayak dan sebagainya. Tetapi, aktiviti ini telah berjaya meyakinkan mereka yang tidak mahir berenang untuk berenang sejauh 200 meter. Ini merupakan suatu kejayaan buat mereka kerana mereka mampu untuk berenang selepas di ajar oleh jurulatih dalam tempoh 30-40 minit sahaja. Mereka seharusnya berbangga pada diri sendiri kerana mereka mampu mengatasi ketakutan terhadap air yang mengganggu minda mereka. Kenapa aktiviti water confident ini penting? Ini kerana kita sebagai seorang guru pelatih tidak semestinya akan di hantar berkhidmat di kawasan bandar yang mempunyai kenderaan darat. Tidak mustahil bagi seorang guru untuk dihantar di kawasan pedalaman yang hanya mempunyai kenderaan air sahaja. Justeru, aktiviti ini dapat membantu mereka kerana mereka pernah didedahkan tentang bagaimana untuk berenang, menggunakan kayak, menyelamatkan diri sekiranya bot karam dan sebagainya. Setidak-tidaknya mereka sudah mempunyai asas apabila berada di dalam air. 

Aktiviti jungle trekking pula telah mengajar para guru pelatih untuk sama-sama mentadabur alam dan menghayati betapa indahnya alam ciptan Allah S.W.T. ini. Sepanjang perjalanan ini, kami telah dideahkan dengan pelbagai jenis tumbuhan seperti tumbuhan herba, tumbuhan dan bungaan liar, pelbagai jenis serangga seperti semut, lipan, pacat, dan sebagainya. Sepanjang aktiviti jungle trekking ini, para guru pelatih telah belajar untuk bekerjasama dan saling bantu-membantu antara satu sama lain tanpa mengira unit mereka. tiada istilah pentingkan diri sewaktu aktiviti ini. ini melatih kita sebagai seorang guru untuk tidak mementingkan diri kita sendiri apabila bergelar pendidik nanti. Janganlah hanya kita mengajar di depan tanpa menghiraukan para pelajar kita sama ada mereka faham atau tidak dengan isi pembelajaran pada hari tersebut. Seorang guru juga akan sentiasa berhadapan dengan masyarakat dalam pelbagai aktiviti bersama masyarakat yang memerlukan mereka saling bekerjasama tanpa mementingkan diri sendiri. Oleh itu, aktiviti jungle trekking ini dapat melatih mereka daripada awal untuk bersedia menjadi seorang guru yang terbaik dan pandai membawa diri. 

Ok, tu adalah antara aktiviti yang ada sepanjang program BIG ini. Banyak sangat aktiviti yang menarik, tak taw da nak cerita yang mana satu...kalu boley nak cerita sume, tp nanti panjangggggg sgt2 n3 ni....hehehe~ =) Saya juz nk share pengalaman sy ber'BIG' utk pertama kali....seronok taw....siap boley tanning kulit lagi taw...hahaha...=.=''' Da la telefon kene amek masa kat sna...ak boley nk mesej cik abg...aishhh....:P gedix je...hohoho... Tapi, yang penting ialah PENGALAMAN. Pengalaman BIG ni sangat bernilai buat seorang bakal guru seperti Ak Baek~ ni supaya dapat menjadi seorang guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. InsyaALLAH...=) 

Cukup la setakat ni dulu...insyaALLAH kalu berkesempatan, bicara ini akan disambung kembali...tunggu eh kot2 ada part 2....=) 

~wassalam~ 

1 ulasan:

Ismi Azraf berkata...

Program Bina Insan sesuai untuk setiap lapisan,semoga program tersebut mampu membantu membina guru menjadi insan.

~ChenTA kAMI~

Daisypath Anniversary tickers