~Ak Baek~

~ MeH SInI KAlAU naK CarI APa-APa ~

Jumaat, 20 Januari 2012

~ beRPIJAk di BUMI YAng nyATA ~

~ beRPIJAk di BUMI YAng nyATA ~

Hidup tak seindah yang disangka,
Adakalanya indah khabar dari rupa,
Realitinya...terkedu seketika,
Berpijaklah di Bumi yang nyata...

Ramai yang berbicara, 
Manisnya bercinta, 
Indahnya bahagia, 
Seronoknya berseloka, 
Bersama teman setia.,
Hakikatnya, berpijaklah di Bumi yang nyata...

Bahagia atau derita? 
Manisnya madu atau pahitnya hempedu yang dirasa? 
Tepuk dada dan tanyalah jiwa, 
Apa rasa yang tersingkap didalamnya... 

Hubungan yang dibina dari pelbagai rasa, 
Rasa kasih, hormat, sayang dan cinta, 
Semuanya mempunyai impian yang nyata, 
Untuk merasa sedikit bahagia, 
Bahagia yang diharap kekal selamanya... 

Kusangka panas hingga ke petang, 
Rupanya hujan di tengah hari, 

Sebaik mana perancangan kita, 
Baik lagi perancangan-Nya, 
Hakikatnya, berpijaklah di Bumi yang nyata... 

Bicara orang tua, 
" Ukurlah baju di badan sendiri", 
Sedangkan kita selalu membanding-beza, 
Antara mereka dan diri sendiri, 
Sentiasa lupa bicara orang tua, 
Yang diingikan hanya kepuasan diri, 
Hakikatnya, berpijaklah di Bumi yang nyata... 

Mungkin ini pengakhiran sebuah cerita, 
Atau cerita baru bermula, 
Itu terserah kepada kita, 
Bagaimana untuk menilainya, 
Hakikatnya, berpijaklah di Bumi yang nyata... 

wassalam~ 

p/s = Kalau sentiasa memikirkan kata-kata orang, memang tak hidup la...Tak mati dek keji, tak hidup dek puji...Positifkan diri...InsyaALLAH, kejayaan pasti dimiliki...=] 



Tiada ulasan:

~ChenTA kAMI~

Daisypath Anniversary tickers