~Ak Baek~

~ MeH SInI KAlAU naK CarI APa-APa ~

Rabu, 29 Jun 2011

~ TAklIMat KebAkARAn & deMonstRASI MeMAdAMkAn keBAkARAn ~

~ TAklIMat KebAkARAn & deMonstRASI MeMAdAMkAn keBAkARAn ~ 


Assalamualaikum semua...
apa khabar? sihat? harap-harap sihat la ye...

ok class, arini cikgu nak ajar mengenai kebakaran dan bahaya kebakaran. Sape-sape boleh gtaw cikgu apa itu kebakaran? 



ahmad : kite bakor jeee....
mei mei : main masak-masak guna api...
anjali : 2 3 kucing berlari, kebakaran itu api...hoho 

haih...macam-macam jawapan kamu yeee...ok lah, bia cikgu gtaw apakah itu kebakaran... sila hayati ye apa yang akan cikgu perkatakan. Sila ambil nota perkara penting yang bakal cikgu smpaikan....boley pelajar yang cikgu sayang sekalian? Ni adalah pengalaman cikgu mendengar taklimat mengenai kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu. 


CERITA BERMULA~~~ 

Tajuk : Taklimat Kebakaran dan Demonstrasi Memadamkan Kebakaran 
Tempat : Dewan Al-Farabi, IPGM KDRI 
Tarikh : 29 Jun 2011 
Masa : 2.30 PETANG 

PERKARA YANG MENGAKIBATKAN KEBAKARAN : 

oksigen + bahan api + haba = KEBAKARAN 

Oksigen : Oksigen didapati sebagai dua atom oksigen dengan formula kimia O2.

Bahan api : Bahan-bahan yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran. 

JENIS-JENIS BAHAN API
  • Bahan Pepejal (Combustion Solids)
  • Kayu, Kertas, Kain dll
  • Cecair Mudah Terbakar (Combustible Liquid)
  • Petrol, Kerosene, Diesel, Methanol, Ethanol dll
  • Gas Mudah Terbakar (Combustible Gases)
  • Hydrogen, Methane, Butane, Carbon Monoxide dll
  • Bahan Logam (Combustible Matels)
  • Kalium (Potassium), Natrium (Sodium), Kalsium Magnesium dll.


Haba : Haba ialah kepanasan hawa, bahang. 

PUNCA-PUNCA HABA
  • Elektrik
  • Tindak balas kimia
  • Elektrik Statik
  • Mampatan Gas
  • Percikan
  • Haba Nuklear
  • Geseran
  • Petir
  • Haba Mekanikal
  • Nyalaan 
KAEDAH-KAEDAH UNTUK MEMADAMKAN KEBAKARAN 

  •  Menyelimut 
  •  Melaparkan 
  •  Menyejukkan 

KAEDAH MENYELIMUT 

1. Menyekat oksigen

2. Gunakan foam
3. Gunakan Karbon Dioxida

KAEDAH MELAPARKAN 
1. Memisahkan bahan api

2. Menutup injab bekalan

3. Menyekat bekalan bahan bakar


KAEDAH MENYEJUKKAN 

1. Menurunkan haba

2. Air menyerap haba dan menyejukkan bahan api 

PERINGKAT-PERINGKAT KEBAKARAN 

  1. Pyrolisis 
  2. Flashover 
  3. Full Develope 
  4. Pereputan 
* Bahang atau kepanasan merupakan pengeluaran utama dalam pembakaran. Bahang atau kepanasan menjadikan kekuatan elemen struktur menurun dan boleh menyebabkan bangunan runtuh. 


KAEDAH KAWAL KEBAKARAN 

  • Kawal proses pembakaran 
  • Kawalan oleh binaan 
  • Pemadaman automatik 
  • Pemadaman manual 
STRATEGI PENGAWALAN 

  •  Sistem Kebombaan dalam Bangunan 
  • Kemahiran kakitangan / penghuni 
APABILA DENGAR LOCENG KECEMASAN 

  • Hentikan kerja serta-merta 
  • Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan 
  • Bantu pelawat-pelawat keluar 
  • Maklumkan kepada penghuni lain 
  • Selamatkan diri ke tangga atau pintu berhampiran 
  • Pastikan keselamatan kawasan kerja 
  • Jangan pentingkan diri sendiri 
  • Jangan panik 
  • Bertenang 
  • Kawal pernafasan 
  • Merangkak ke paras lantai 
  • Jangan berlari 
  • Meminta pertolongan 
  • Motivasi diri sendiri (aku yakin aku boleh selamat!!!) 
PERSEDIAAN MELAKUKAN LATIHAN 

  • Menyediakan jawatankuasa 
  • Sediakan plan dan rancangan bertindak 
KESIMPULAN 

Membudayakan kesedaran keselamatan kebakaran tempat kerja adalah kaedah terbaik untuk keselamatan diri, rakan dan organisasi anda. 

" SEMASA KECEMASAN, MASA ADALAH MUSUH "




Oleh itu, kita perlu berhati-hati apabila mengendalikan sesuatu terutamanya yang berasaskan api kerana bahaya yang mungkin berlaku tanpa diduga. Ingat, api ketika kecil adalah kawan tetapi apabila besar adalah lawan.  


p/s : Ini berdasarkan taklimat yang telah disampaikan dan sedikit maklumat yang dapat diambil untuk dikongsi bersama. Moga memberi manfaat kepada kita semua. :) 


Maklumat tambahan rujuk SINI



Sekian, sekadar perkongsian. 

wassalam~ 

~ GA CWL ~

~ GA CWL ~ 

KLIK GAMBAR UNTUK JOIN

korang2 yg da tengok lalu terbaca entry ini, maka rajin-rajinkanlah jemari anda untuk klik GA ni dan join...~ 


Selasa, 21 Jun 2011

~ SUkA & dUkA ~

~ SUkA & dUkA ~ 

Assalamualaikum dan selamat malam...

hari ni penuh dengan coretan suka dan duka...

coretan duka ialah perut masuk angin n kena g klinik jumpa doctor...
pastu dapat MC...result exam plak kuar arini...disebabkan farah MC so farah tak g IPG lagi la minggu ni...
sedey la cz tak boleh amek result sendiri...

coretan suka pula ialah bila dapat MC n tak masuk kelas utk minggu ni...yahoooo...
tapi kan cam rugi gak la cz x masuk kelas...tapi disebabkan oleh beberapa masalah, maka diri ini tidak dapat menghadiri kuliah untuk minggu ni...
arini kan result exam kuar...guess what? result sem ni yg paling tinggi kalu compare ngan 3 sem sebelum ni...nak taw dapat berapa? teka r...:) 

syukur ya ALLAH kerana memberi peluang kepadaku untuk masih mendapat keputusan ini walaupun menjawab exam tanpa persediaan yang cukup (tak sihat a few weeks before exam) 
syukur ya ALLAH...

TAHNIAH kepada rakan sekelas yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini. 


TAHNIAH BUAT PELAJAR PENGAJIAN SOSIAL IPGM KDRI JANUARI 2011 BAGI PEPERIKSAAN MEI 2011.



wassalam~




~ pENgUMUMAn penTIng ~

~ pENgUMUMAn penTIng ~


Jangan membuat keputusan ketika kita sedang marah, 
dan jangan membuat janji ketika kita sedang gembira, 
kerana kita masih dalam emosi, 
emosi yang sedang menguasai diri. 


sekian, 

wassalam~

~ TekAnAn hUJUng kASUT ~

~ TekAnAn hUJUng kASUT ~ 

ini kasut zirafah...cantik x? =.='''

vroom...vroom...kasut kereta...cun gak kan...:) 

ini kasut kaler pink...lol

lawa kan...


comey kan kasut baby ni....i loike...:) 

GAMBAR ADALAH DARI INCIK GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat pagi semua... 
apa khabar iman kita arini? sihat? 
macam mana dgn gambar2 kat atas? cantik kan...hehe...kalu la boley dapat kasut yg corak kete tu cun gk kan....=.=''' (agak berangan di situ) 

ok la...topik pada hari ini adalah sebenarnya mengenai Tekanan di Hujung Kasut. Taw tak apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan tekanan tu? 

Jika kita lihat pada hari ini, ramai insan yang cenderung untuk menilai seseorang itu berdasarkan luaran seseorang individu itu sahaja. Penilaian yang dibuat itu kadangkala tidak berasaskan fakta yang sebenar dan hanya berasaskan penilaian melalui pemerhatian mereka dan 'rasa-rasa hati mereka'. Mereka lebih senang untuk menilai tanpa mendapatkan maklumat yang sebenar daripada orang terbabit. Mengapa perkara seperti ini berlaku? Hal ini kerana mereka yang menilai melalui pemerhatian dan sikap 'rasa-rasa hati' mereka tidak cuba untuk meletakkan diri mereka di tempat individu yang dinilai oleh mereka dan tidak merasai tekanan yang dihadapi oleh individu terbabit. 

Korang yang duk tengok je bukan taw pon apa yang orang tu rasa...korang boley cakap korang simpati, korang empati...tapi setakat mana? dan sejauh mana kejujuran korang dalam merasai simpati dan empati tersebut? 
Kadangkala apa yang diluahkan tidak sama dengan apa yang dirasa.
Ada manusia yang melahirkan rasa marah mereka tapi dengan tujuan menyedarkan. Ada manusia yang menangis tapi tangisan itu adalah tangisan kegembiraan dan bukan kesedihan.

Korang boley cakap kt orang tu supaya sabar tapi kalu korang berada kat situasi dia, korang boley sabar ke? 
Korang boley mempertikaikan tindakan atau keputusan orang tu, kononnya tak pandai buat pilihan la, pentingkan diri sendiri la, bajet bagus la, tapi korang rasa tak apa yang orang tu rasa? korang taw ke tekanan yg dia rasa sebelum buat keputusan? korang tak rasa dan korang takkan penah faham. Kenapa aku cakap camtu? sebab tahap penerimaan seseorang terhadap sesuatu perkara adalah berbeza. Orang yang berada di situasi tersebut je yg memahami. Korang yang setakat duk tepi2 ni mana nak faham...setakat condem je boley la...

korang penah dengar kan idioms ni

put oneself in else's shoes

korang faham ke tak sebenarnya dengan idioms ni? 
korang seharusnya bukan sahaja cuba untuk meletakkan diri di tempat orang tu tetapi korang cuba selami hati dan perasaan dia ketika berada di situasi tu. 
Jangan bila dia buat masalah je korang cakap dia mmg bermasalah. Cuba korang tanya kenapa dia buat camtu. Mesti ada jawapan. Mana ada seseorang melakukan sesuatu tanpa sebab sekiranya dia mempunyai akal untuk berfikir. 


ingat...cuba selami hati dan perasaan mereka sebelum menilai atau membuat kesimpulan dan hebahan...cuba rasa tekanan yang orang tu rasa...
cam korang pakai kasut la...tekanan yang paling korang rasa adalah kat bahagian depan...kan? cam gambar kt atas tuh...
laen kali, sebelum cakap pape or buat kesimpulan, try dulu rasa tekanan tu. Kalu korang rasa sakit, orang tu pon rasa sakit. Sakit kan tekanan tu...taw pon...laen kali jgn ckp ikut sedap aje...:) 
Tapi apa yang penting ialah kejujuran. Jika rasa simpati dan empati itu disulami dengan kejujuran, maka korang akan merasai apakah yang sebenarnya dirasai oleh mereka dan tekanan yang dihadapi. 

Hanya sekadar perkongsian. 



p/s : farah suka tengok kasut ni...tetibe suka kaler
pink...




wassalam~ 



~ MenAngISlAH dI bAHUkU ~

~ MenAngISlAH dI bAHUkU ~ 


Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu)





wassalam~



Khamis, 16 Jun 2011

~ GIVEAWAY KAK ES & NESLOO ~

~ GIVEAWAY KAK ES & NESLOO ~


sape nak join???? 


haaaa....


mai SINI 

GA ni akan tamat pada 17 Jun 2011 pada jam 8.00 malam

wassalam~

~ Takziah buat Asilah ~

~ Takziah buat Asilah ~ 

Assalamualaikum...

ptg td pada jam 3.20 petang, farah menerima berita yang amat mengejutkan kerana bonda kepada Zainab Asilah Abdullah, iaitu salah seorang rakan saya di IPG telah telah kembali ke rahmatullah...

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah semoga rohnya ditempatkan bersama roh-roh orang-orang yang soleh dan solehah, Amin. 
Buat asilah, kuatkan semangat dan tabahkan hatimu, sentiasa berdoa buat arwah setiap kali selepas solat agar Allah menempatkan roh ibu Asilah bersama roh orang-orang yang soleh dan solehah yang lain. 

Perlu diingat bahawa hanya 3 perkara sahaja yang dibawa ke liang lahad iaitu amal kebajikan, sedekah jariah, doa dari seorang anak yang soleh dan solehah. Tabahkan hatimu asilah, semoga dugaan ini semakin mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

AL-FATIHAH 

wassalam~ 

Rabu, 15 Jun 2011

~ Dear Haffiz Lucky Draw : Elmo's Or Domo's? ~

~ Dear Haffiz Lucky Draw : Elmo's Or Domo's? ~


nak join? klik SINI

icon kartun kegemaran farah ialah...
sebab farah membesar pada zaman kartun Sesame Street...

itu aje...

daaa...

wassalam~


~ WordleSS WedneSdAY ~

~ WordleSS WedneSdAY ~ 


wassalam~ 

Selasa, 14 Jun 2011

~ BCT vs ICT ~

~ BCT vs ICT ~ 

Assalamualaikum dan selamat malam semua 
apa khabar? da makan malam? 
haaa...n3 malam ni pasal Bayam Celup Tepung (BCT) vs Ikan Celup Tepung (ICT) 
korang penah makan x? 
kalau ICT mesti ramai yang pernah makan tapi kalu BCT? ada sapa2 yang x pernah makan? 

ok, sila lihat gambar ni 
ni cilok dari incik GOOGLE

ok, gambar kat atas tu ialah Ikan Celup Tepung (ICT) 

gambar ni HAK MILIK FARAH 

ok, gambar kat atas ni plak ialah Bayam Celup Tepung (BCT) 

agak2 korang la kan, mana lagi sedap? ICT ke BCT
kalau ikutkan farah, dua-dua sedap sebab farah memang amat sangat SUKA ikan...so, ICT amat farah suka...
tapi, farah suka gak BCT...sebab dia bestttt....
ramai yang jarang makan BCT ni kan...
BCT ni sebenarnya sayur bayam yang dicelup tepung...
bayam ni bukan bayam merah tu...tp bayam hijau...yang daun bulat-bulat tu...

haaaa...camni...
pastu wat la adunan utk celup bayam ni...

disebabkan farah ni xdela terer memasak, so farah maen letak je sesuka hati farah untuk wat adunan tu...
umi cakap letak itu, letak ini....so farah letak jela...
last sekali, goreng la...

hasilnya, 

=
=
=
=
=
=
=

hehehe....siap gak akhirnya...
sedap gak...(memuji diri sendiri) 
BCT ni boley la kalau nak makan petang-petang atau sambil istirehat barsama keluarga terchenta...
sambil-sambil tengok tv ke, borak-borak ke...
tapi jangan la makan BCT ni kerap sgt...maklum la, makanan bergoreng ni x berapa elok...
lagipun, BCT gne minyak dlm kuantiti yg agak byk...so better la korang jangan amalkan makan BCT tiap-tiap hari....ok guys...
amalkan gaya hidup sihat ok...

ok la, setakat tu dlu perkongsian dari farah...
daaaaa....


wassalam~ 

p/s : sayangi diri anda...hidup ni hanya sekali...jaga diri elok-elok...



~ SelAMAT MAlAM SAYAng~

~ SelAMAT MAlAM SAYAng~ 

Assalamualaikum dan selamat malam to all readers...:)
n3 lewat malam arini bertajuk " ~ SelAMAT MAlAM SAYAng~  "


selamat malam sayang-sayang sekalian...
semoga tidur anda dibuai mimpi yang indah...

tapi sebelum tidur tu, berdoa la dahulu...mintak pertolongan ALLAH S.W.T. untuk melindungi kita dari segala kejahatan dan bahaya sepanjang kita tidur...semoga kita dilindungi olehNYA... 

sebelum tidur, cuba amalkan budaya merenung kembali apakah yang telah kita lakukan pada hari ini...
agak-agak la kan, banyak mana da kebaikan dan kejahatan yang telah kita lakukan pada hari ini? 
cuba ambil sedikit masa untuk merenung kembali hari ini...
sama-sama la kita menilai diri kita sendiri agar menjadi insan yang lebih baik pada hari-hari seterusnya...
semoga hari esok lebih baek daripada hari ini...

selain itu, cuba amalkan budaya memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita setiap kali sebelum kita tidur...
ajal maut di tangan Tuhan...kita tak tahu sampai bila nafas ini mampu bertahan...
jadi apa salahnya jika kita memaafkan kesalahan orang laen terhadap diri kita agar membantu mengurangkan dosa mereka...
halalkan segala makan minum mereka dan sekiranya mereka ada hutang terhadap diri kita, cubalah lembutkan hati kita untuk menghalalkan hutang tersebut  sekiranya pemiutang itu telah tiada atau tidak mampu membayar hutang tersebut... 
tak salah kan memaafkan kesalahan orang laen? rugi ke kita kalau kita memaafkan kesalahan mereka? 
renung-renungkan wahai sayang-sayang sekalian... 

so, point untuk malam ini ialah : 
  1. Berdoa
  2. Muhasabah diri 
  3. Memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita 
  4. Melembutkan hati untuk menghalalkan segala makan minum orang lain 
  5. Meredhakan dan mengikhlaskan hutang orang berhutang dengan diri kita 
sekian, terima kasih... 

wassalam~ 


Sabtu, 11 Jun 2011

Jumaat, 10 Jun 2011

~ BlogWAlKIng fOR A wHILe ~

~ BlogWAlKIng fOR A wHILe ~ 

Assalamualaikum semua...


sorry cz hve no n3 for these few days...
bukan tak ada idea nk wat n3, jz tak ada kesempatan utuk meng'update'...
biasanya jz blogwalking jela...
jz baca2 n comment...

but don't worry, insyaALLAH farah akan update dlm masa yang terdekat ni...
sekarang pon bz dgn kerja2 rumah...
btw, bz sgt kerrrr? hahaha...=.=''' 

ok la, to all blogger yg baca n3 ni n nak farah p jalan2 kat log anda, boley bg link blog kamu2 kt comment ni ye...
terima kasih...

wassalam~ 

Khamis, 9 Jun 2011

~ SelAMAT JAdI AdIKkU ~

~ SelAMAT JAdI AdIKkU ~  

Assalamualaikum...
pe cite sume? sihat? da makan? 
heee....banyak la plak soalan kan...
ok2...back to the topic...
pada tarikh 9 Jun 2002, lahirlah seorang bayi perempuan ke dunia ini...
dengan tangisan kecilnya, suci bersih wajahnya...
diberi nama Siti Nur Aisyah binti Mustaffa
welcome to the family...

Kini, pada tarikh yang sama tetapi berbeza tahun, 9 Jun 2011
maka, genaplah usia adikku sembilan tahun...

so, SELAMAT JADI ADIK ANGAH... 


adik farah yang kanan...yang kiri tu kembar dy...hehe...
tak adalah...gurau je...yang kiri tu sepupu, baru darjah lima...nama dy zeinab...
tapi dorang ni da mcm kembar, baju nk sama, merajuk sama2, pe'el @ perangai pon sama...
haihhhh...
kadang2 kalu aisyah merajuk @ buat perangai, mesti umi ckp, " haaa....wat perangai ag...kalu wat perangai ag, umi anta kt umah kembar baru taw..." 
dan kalu zeinab yang buat perangai, umi dy pulak yang akan ckp perkara sama...
" nab, kalau nab wat perangai lagi, umi anta umah che ngah, duk ngan kembar nab kat sana..." 
hahahaha....kembar camni pon kire eh? 

okay la, disebabkan kek aisyah tak beli lagi...so amek la kek ni dulu...hehe...

CILOK DARI INCIK GOOGLE

SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT HARI LAHIR AISYAH 
SELAMAT HARI LAHIR


semoga sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T dan berjaya dalam apa sahaja perkara baik yang dilakukan...
semoga menjadi puteri yang solehah dan anak yang terbaik untuk umi dan abah...
sentiasa menjaga maruah diri agar akhlak terpuji...
owez do the best ! 
luv you so much sweety...
take care... 

p/s : thankz kepada yang baca n3 ni, u ol da doakan untuk adik saya dan kejayaan dalam hidupnya...thankz a lot dear...

sekian...

wassalam~ 

~ChenTA kAMI~

Daisypath Anniversary tickers