~Ak Baek~

~ MeH SInI KAlAU naK CarI APa-APa ~

Rabu, 29 Jun 2011

~ TAklIMat KebAkARAn & deMonstRASI MeMAdAMkAn keBAkARAn ~

~ TAklIMat KebAkARAn & deMonstRASI MeMAdAMkAn keBAkARAn ~ 


Assalamualaikum semua...
apa khabar? sihat? harap-harap sihat la ye...

ok class, arini cikgu nak ajar mengenai kebakaran dan bahaya kebakaran. Sape-sape boleh gtaw cikgu apa itu kebakaran? 



ahmad : kite bakor jeee....
mei mei : main masak-masak guna api...
anjali : 2 3 kucing berlari, kebakaran itu api...hoho 

haih...macam-macam jawapan kamu yeee...ok lah, bia cikgu gtaw apakah itu kebakaran... sila hayati ye apa yang akan cikgu perkatakan. Sila ambil nota perkara penting yang bakal cikgu smpaikan....boley pelajar yang cikgu sayang sekalian? Ni adalah pengalaman cikgu mendengar taklimat mengenai kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu. 


CERITA BERMULA~~~ 

Tajuk : Taklimat Kebakaran dan Demonstrasi Memadamkan Kebakaran 
Tempat : Dewan Al-Farabi, IPGM KDRI 
Tarikh : 29 Jun 2011 
Masa : 2.30 PETANG 

PERKARA YANG MENGAKIBATKAN KEBAKARAN : 

oksigen + bahan api + haba = KEBAKARAN 

Oksigen : Oksigen didapati sebagai dua atom oksigen dengan formula kimia O2.

Bahan api : Bahan-bahan yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran. 

JENIS-JENIS BAHAN API
  • Bahan Pepejal (Combustion Solids)
  • Kayu, Kertas, Kain dll
  • Cecair Mudah Terbakar (Combustible Liquid)
  • Petrol, Kerosene, Diesel, Methanol, Ethanol dll
  • Gas Mudah Terbakar (Combustible Gases)
  • Hydrogen, Methane, Butane, Carbon Monoxide dll
  • Bahan Logam (Combustible Matels)
  • Kalium (Potassium), Natrium (Sodium), Kalsium Magnesium dll.


Haba : Haba ialah kepanasan hawa, bahang. 

PUNCA-PUNCA HABA
  • Elektrik
  • Tindak balas kimia
  • Elektrik Statik
  • Mampatan Gas
  • Percikan
  • Haba Nuklear
  • Geseran
  • Petir
  • Haba Mekanikal
  • Nyalaan 
KAEDAH-KAEDAH UNTUK MEMADAMKAN KEBAKARAN 

  •  Menyelimut 
  •  Melaparkan 
  •  Menyejukkan 

KAEDAH MENYELIMUT 

1. Menyekat oksigen

2. Gunakan foam
3. Gunakan Karbon Dioxida

KAEDAH MELAPARKAN 
1. Memisahkan bahan api

2. Menutup injab bekalan

3. Menyekat bekalan bahan bakar


KAEDAH MENYEJUKKAN 

1. Menurunkan haba

2. Air menyerap haba dan menyejukkan bahan api 

PERINGKAT-PERINGKAT KEBAKARAN 

  1. Pyrolisis 
  2. Flashover 
  3. Full Develope 
  4. Pereputan 
* Bahang atau kepanasan merupakan pengeluaran utama dalam pembakaran. Bahang atau kepanasan menjadikan kekuatan elemen struktur menurun dan boleh menyebabkan bangunan runtuh. 


KAEDAH KAWAL KEBAKARAN 

  • Kawal proses pembakaran 
  • Kawalan oleh binaan 
  • Pemadaman automatik 
  • Pemadaman manual 
STRATEGI PENGAWALAN 

  •  Sistem Kebombaan dalam Bangunan 
  • Kemahiran kakitangan / penghuni 
APABILA DENGAR LOCENG KECEMASAN 

  • Hentikan kerja serta-merta 
  • Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan 
  • Bantu pelawat-pelawat keluar 
  • Maklumkan kepada penghuni lain 
  • Selamatkan diri ke tangga atau pintu berhampiran 
  • Pastikan keselamatan kawasan kerja 
  • Jangan pentingkan diri sendiri 
  • Jangan panik 
  • Bertenang 
  • Kawal pernafasan 
  • Merangkak ke paras lantai 
  • Jangan berlari 
  • Meminta pertolongan 
  • Motivasi diri sendiri (aku yakin aku boleh selamat!!!) 
PERSEDIAAN MELAKUKAN LATIHAN 

  • Menyediakan jawatankuasa 
  • Sediakan plan dan rancangan bertindak 
KESIMPULAN 

Membudayakan kesedaran keselamatan kebakaran tempat kerja adalah kaedah terbaik untuk keselamatan diri, rakan dan organisasi anda. 

" SEMASA KECEMASAN, MASA ADALAH MUSUH "




Oleh itu, kita perlu berhati-hati apabila mengendalikan sesuatu terutamanya yang berasaskan api kerana bahaya yang mungkin berlaku tanpa diduga. Ingat, api ketika kecil adalah kawan tetapi apabila besar adalah lawan.  


p/s : Ini berdasarkan taklimat yang telah disampaikan dan sedikit maklumat yang dapat diambil untuk dikongsi bersama. Moga memberi manfaat kepada kita semua. :) 


Maklumat tambahan rujuk SINI



Sekian, sekadar perkongsian. 

wassalam~ 

3 ulasan:

hidayah zawawi berkata...

hehehehe..taklimat2~

Farahiyah Smart berkata...

hehehehe...amek da nota? kan cikgu pesan suh amek nota....:)

Mr.Superman berkata...

ilmu ni.. :) trm ksh farah.kongsi ilmu dpt pahala.sblm ni abg x pnh pun nk dgr betul2 taklimat kebakaran.la ni bru thu.

~ChenTA kAMI~

Daisypath Anniversary tickers