~Ak Baek~

~ MeH SInI KAlAU naK CarI APa-APa ~

Isnin, 6 Jun 2011

~ asAL USUl naMA SMART ~

~ asAL USUl naMA SMART ~ 


Assalamualaikum dan selamat petang semua....=) 


sihat? 

n3 arini adalah mengenai ASAL USUL NAMA SMART~  
haaa...sape dpt agak apakah maksud SMART? 
ramai sgt tanya saya kenapa guna nama Farahiyah Smart? 
kenapa kena ada perkataan SMART? 
smart sangat ke saya ni? 
bijak sangat ke? 
ke saya cantik yang amat sangat? 

bijak + pandai + cantik = smart 

eh? yeke?

pernah satu ketika masa sy kat matrix, kawan sekuliah sy tanya..
" farah, asal ko guna nama farahiyah smart? email ko pon camtu...asal weyh? "
saya jawab..." mesti ko igt ak perasan pandai kan...haha...poyos...nti ak gtaw ko nape....baek ko dgr ape lectrer tu ckp pe...sblm dy detect ko bckap n suh ko jawab soalan susah gile..."
tp sampai sekarang sy tak explain lg kat dy...huhu...
sampai la skrg...ramai lg yg tertanya-tanya pasal ni...

ok la...

SMART

S = Sekolah 
M = Menengah 
A =Abdul 
R= Rahman 
T = Talib 



SMART 

ILMU IHSAN BESTARI 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB, JALAN ALOR AKAR, 25250 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

Sedikit sejarah mengenai SMART : 

  1. Diasaskan pada 12 Januari 1964 sempena nama Menteri Pelajaran Malaysia yang ke-2 iaitu Dr Abdul Rahman Talib
  2. Perasmian : 12 Jun 1967 oleh YB En Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu
  3. Antara sekolah aliran Melayu yang terawal di Malaysia
  4. 1972 SMART dijadikan dua buah sekolah berasingan. SMART 1 (Tingkatan 4, 5 aliran sains dan Tingkatan 6 aliran sastera) dan SMART 2 (Tingkatan 4, 5 aliran sastera dan Tingkatan 6 aliran sains). Pada 1973 sekolah ini disatukan semula 
  5. Pada 11 Oktober 1980 perasmian bangunan tambahan (Blok B dan C) oleh KDYMM Pemangku Sultan Pahang iaitu Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah
  6. Pada tahun 1981 dua kelas Rancangan Khas untuk tingkatan satu telah dibuka.
  7. Menjadi Sekolah Bestari mulai 1999
  8. Terpilih Sekolah Kluster pada 30 Mac 2007

so, nama farahiyah smart tu sebenarnya datang dari nama sekolah menengah saya dulu....=) 


so, am i smart? yes, of course ! 


wassalam~


2 ulasan:

CintaZulaikha berkata...

lorrrrrrrrrrrr, ya ka...kiki. igt apa ajer la masksud smart tuh..

Farahiyah Smart berkata...

zue = yela...caye x?

~ChenTA kAMI~

Daisypath Anniversary tickers