~Ak Baek~

~ MeH SInI KAlAU naK CarI APa-APa ~

Sabtu, 2 Mac 2013

AL-FATIHAH~

AL-FATIHAH~ 

Assalamualaikum...

Haaaaaaa...penatttttt...
Hari ni ada Family Day JKS 2013...hurm...penat tapi awesome! sangat best okay...
This tyme our class yang handle...organize this event...doing these and that...here and there...pffftttt...tired...


Family Day JKS ni merupakan annual event la coz every year memang akan buat cuma yang bezanya adalah class yang handle and lokasi event...so this year lokasi di IPG KDRI....my beloved IPG... a bit about event ni...mula jam 7pagi lagi taw...sesi pendaftaran...lepas tu ada aerobik (lead by my gojes clazmate...haha), then ada explorace (which is the games are made out by the AJK AKTIVITI...including me....), lepas tu ada sesi persembahan unit(di DUO) and sesi penyampaian hadiah...overall, ok la...fun! 
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....

Sebenarnya, n3 ni mengenai salah seorang warga JKS yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ni...insan yang sangat baik...beliau ialah pensyarah muzik iaitu En.Wan Abd Razak...dalam kegembiraan bersuka ria sempena Family Day kali ni, hati ini cukup tersentuh dengan salah sebuah persembahan unit oleh unit PSV SEMESTER 7...Untuk pengetahuan semua, Allahyarham merupakan tutor unit PSV SEM 7...kehilangan beliau pasti amat dirasai oleh unit ni...

Unit PSV SEM 7 telah mempersembahkan video mengenai unit mereka dan juga tutor mereka...terselit beberapa keping gambar dan juga video Allahyarham yang sedang bermain keyboard...Ya Allah...masih terasa seolah-olah arwah masih ada lagi bersama-sama kami...terlalu pantas semua yang berlaku...baru sahaja beberapa bulan mendapat perkhabaran mengenai tahap kesihatan arwah yang kian meruncing...tiba-tiba salah seorang clazmate hantar mesej..."Salam...pensyarah kita, En.Wan Abd. Razak telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3.30 pagi tadi....sila maklumkan kepada rakan-rakan yang lain...Al-Fatihah.."...Allah....bagai nak luruh jantung apabila mendapat berita tersebut...serta-merta teringat memori bersama arwah sepanjang menjadi pensyarah di IPG ni...





Tapi, ada 1 peristiwa yang membuatkan aku cukup-cukup terasa dengan pemergian arwah...
Masa tu PPISMP Semester 3...My roomate gastrik, tak larat nak g kelas...so, sy yang uruskan urusan untuk ke klinik...yela, kan waktu kuliah...mana boleh pergi klinik suka-suka hati je...lepas tu, kena ambil t/tangan tutor unit my rumate tapi tutor dia tak dapat dihubungi...so HEP gtaw suruh jumpa pensyarah bertugas untuk bawa dia ke klinik...kebetulan, En.Wan Abd. Razak merupakan pensyarah bertugas masa tu...sy tanya beberapa orang pensyarah kat mana arwah, sebab sy tak kenal arwah..walaupun 1 jabatan, tapi sy tak berapa kenal pensyarah muzik...its my bad...seriously after that im trying to remember all the lecturers so it won't happen again...ok, back to the story...pastu, sy pergi dekat bilik rehat pensyarah...sy tanya En. Wan Abd. Razak ada kat sini ke? Maaf sebab sy tak kenal En. Wan Abd. Razak...lepas tu ada seorang lecturer lelaki yang kebetulan berjalan ke arah sy and my rumate(my rumate da ada sekali dengan  sy sebab HEP suruh dia datang kat HEP)...lecturer tu pon jawab, "Laaa...dia baru je keluar tadi...awak tak perasan ke?..." dia jawab sambil senyum2...I smell something fishy there coz all the lecturer in that room begin to laugh at us...Omaiiii...malunye sebab tak kenal lecturer...so sy pn jawab, " o yeke? terima kasih encik...maaf ye mengganggu..."...me n my rumate pon mula jalan nak kejar En. Wan Abd. Razak yang kononnya baru je keluar dari bilik tu...baru je kami berpusing ke belakang, tiba-tiba ada seorang lagi lecturer dalam bilik rehat tu panggil kami..."Awak ni...da masuk 3 semester da, tak kenal lagi eh pensyarah? Yang bercakap dengan awak tadi tu la En. Wan Abd. Razak...."....WAAAAA...malunyeeee...."en. maaf...kami tak kenal tadi..." 

Lepas terangkan semua sebab kenapa kami cari  beliau, beliau pon hantar kami ke Klinik Kesihatan Batu Rakit...

"Awak ok tak ni? "

"Ok"

"Ke nak pergi klinik swasta?" 

"Takpe la encik, klinik ni je..."

"Nanti da siap telefon sy ye...sy datang ambil..."  

"Baik encik..." 

Ya Allah....KAU tempatkanlah Allahyarham ke dalam golongan-golongan yang mulia...KAU ampunkanlah dosa-dosanya, tempatkanlah beliau dalam golongan orang-orang yang beriman...mudahkanlah urusannya di sama...aminnnnn...

En. Wan Abd. Razak...terima kasih sebab bantu kami...terima kasih sebab ajar kami...terima kasih sebab menceriakan hari-hari kami...masih terngiang-ngiang bicaramu, masih terdengar kata nasihat darimu....ALLAH...kau cucurilah ramhat ke atas roh beliau ya ALLAH... 




AL-FATIHAH~ 

~ChenTA kAMI~

Daisypath Anniversary tickers